|-♥ This is My Confession ♥-|

… Aku pun boleh Bahagia …

IMG_20160502_145216

As salam.

My current reading. Sangat bagus garapannya. Tak sengaja terjumpa buku ni semasa merayau di Pesta Buku Antarabangsa di MAEPS, Serdang. Untuk tahun ni, ini pesta buku yg ketiga aku pergi. Dah kenapa jadi ulat buku balik tiba2, aku x punya jawapan untuk itu.

Dan disebabkan dh 2 pesta buku sebelum ni aku pergi, dan dah beratus ringgit dah habis, aku x bajet pesta buku kali ini akan menyebabkan kewangan ku goyah untuk kesekian kalinya.

Namun….

Sangkaanku meleset. Bila tiada arah tujuan dan list disediakan untuk membeli apa2 buku, lagi banyak duit yg habis sebenarnya. Serius. Masuk hall yg pertama, mmg x berjaya untuk beli apa2. Ok tipu. Sempat rembat komik 3 keping. Ehh?? LOL.

Masuk hall yg kedua.. Pusing sorg2. Sangkut di booth Nubook Press. Kisahnya bermula bila aku terpandang buku AKU yg famous dlm filem ADA APA DENGAN CINTA. Kat booth tu byk karya2 dr tanah seberang. Aku jadi tertarik. Dari satu buku ke satu buku aku ambil.

Nah!

Salah satunya adalah buku di atas. Tapi serius. Mmg aku x menyesal langsung beli buku ni. Aku suka segala2nya ttg buku ini. Titik.

Ok. Bukan nak cerita hal buku ini sebenarnya. Lebih kepada nak curhat mengenai apa yg aku rasa sekarang. Banyak post lepas2 aku tulis mengenai “kesakitan” yg aku alami. Alhamdulillah. Sedikit demi sedikit aku sedang pulih. Aku rawat sendiri ‘kelukaan’ itu dengan kekuatan yg Allah berikan pada aku. Boleh dikatakan aku merasa sedikit bahagia hari ini.

Semuanya dengan izin Allah. Dia hadirkan sinar matahari slps hujan lebat. Mungkin bukan cara apa yang aku mahu. Tapi dengan cara membuat aku membuka mata hati aku, dengan cara aku redha dengan apa yg telah Dia tetapkan untuk aku. Dia mahu aku belajar sesuatu dari apa yang telah aku lalui. Dan mungkin, membuat orang disekeliling aku turut belajar sama, melalui aku.

Berbalik kepada pesta buku tadi, aku dan teman2 serumahku semuanya suka baca buku. Cuma aku ni lembap sikit kalo nak habiskan satu2 buku. Aku sukar untuk terus fokus membaca. Bukan cerita tidak menarik kerana aku mmg teliti memilih bahan bacaan ku. tapi mungkin byk yg bermain di fikiran ku. Mungkin juga aku seorang yg ‘kinetik’. Sukar utk duduk diam.

Entah kenapa tahun ini banyak masa kami habiskan bersama (Merujuk kepada aku dan teman2 serumah, Hajar dan Ida). Aku dan Hajar sudah lama bertemanan. Ida dan aku rakan sekolah 17 tahun yg lalu. Kami di rumah sewa baru sejak setahun 2 bulan yg lalu. Baru kali ini kami banyak menghabiskan waktu di luar rumah bersama2.

image

Apa yg ingin aku ceritakan di sini ialah bahagia yg aku rasai sekarang ialah bahagia mempunyai mereka sebagai pendamping aku. Ini bukan pendamping yg aku harapkan. Aku ingin punya suami dan anak. Ingin berkeluarga. Tapi mungkin belum masanya. Aku masih belum layak utk itu. Allah hadirkan perasaan bahagia ini semasa aku masih merintih sedih kerana masih hidup sendiri. Allah hadirkan rasa syukur dan bahagia ini kerana aku masih punya Hajar dan Ida untuk menemani aku, mendampingi aku saat yg lain punya keluarga sendiri.

Syukur. Ini bahagia yg aku rasakan sekarang. Mungkin kerana kami ini unik. Haha. Tidak perlu sama seperti yg lainnya. Kan?

20160515_132909

Wassalam,

XOXO.

wiesel

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s