|-♥ Gedik Santai ♥-|

Throwback : Sabah (Oktober 2016) Ep. 1

As salam.

Lama sudah blog iols ni kosong tanpa entry baru. Bersawang dan berdebu sgt dah ni. Fuuhhhh (*tiup debu*).

Ok. Entry kali ni nak bercerita tentang Trip of the Year iols. This year kami jalan2 jauh sikit dari Semenanjung Malaysia. Kami ke Negeri di bawah Bayu, Sabah bahhh.

img_20161029_063844.jpg
Pemandangan Gunung Kinabalu. Diambil masa kami otw ke KK.

Kali ni punya trip ramai sikit yg join. Anggota tetap “3 Dara Sambut Deepavali” sah2 la ada (Me, Kak Ayu Niza and Kak Alliya Ferdaus). Then, Alifah (geng trip Singapore last year) and Izza (geng-cikgu-kenal-masa-ambil-jubah-konvo) were recruited into this trip too.

Pencadang utk tempat trip Deepavali kali ini ialah Kak Alliya, manakala Mastermind utk trip kali ni ialah Alifah (mcm biasa, Singapore’s trip pun dia uruskan semua). Yang lain, ikut aje sbb kami x pro sangat bab2 nak travel ni (referring to myself and Kak Ayu). Izza plak decided to join the crowd masa iols bercerita pasal plan trip ni masa attend open house Raya dia.

Itinerary kami sepanjang kat sana adalah seperti berikut :

img-20161026-wa0007.jpg

img-20161026-wa0008.jpg

Semua plan trip ke Sabah kali ni mmg Alifah yg arrange. Dia ada kawan yg jadi ‘Tour Guide’ di Sabah. Alhamdulillah, mujur ada Alifah! (Bukan iklan Tok Da, ok). Dari beli tiket flight, tempahan penginapan dan van serta tour guide (John), semua dia uruskan. Memang terbaik. Next time, mmg akan bawak Alifah untuk travel sama2. Hihi.

Well, tak semua yg di’plan’ di atas kami buat. Byk tempat jugak tak dapat nak cover utk trip kali ni kerana kekangan masa, faktor cuaca (trip kami masa musim tengkujuh bermula, so mmg hujan la sentiasa), dan lain2 sbb. Contohnya, hari kedua lepas ke Poring, kami sepatutnya ke Tagal, Kampung Luanti utk Fish Spa. Tapi plan tu terpaksa dibatalkan kerana owner Fish Spa tu meninggal dan perniagaan mereka ditutup seminggu. Plus, hari last kami di Sabah sepatutnya kami tour pulau. Tapi disebabkan duit dh kurang and kebetulan hujan sepanjang hari di Kota Kinabalu, kami cancelkan tour tu.

Tapi biasalah, kita merancang, Allah yg menentukan. Walaupun ada program yang dibatalkan, tapi Alifah ada back up plan utk kami. So, trip kali ni mmg terisi sangat. Dan kami tak terkejar2. Ada masa lepak2, borak2, rehat yg cukup in between each programme. Plus, ramai jugak yg baru2 kenal dalam grup ni. Konklusinya, hanya iols saja yang kenal semua org dalam group ni. Yang lain, dalam proses mengenali antara satu sama lain.

Program kami hari pertama di Kundasang, Sabah. Petangnya hujan sikit, jadi kabus tebal malam tu. And masa di Cattle Dairy Farm lg dah mula berkabus sbb kawasan dia lagi tinggi dr tmpt penginapan kami. Feeling ala2 di New Zealand gitu uols. Nak mandi pun sejuk yg amat. 1st time rasa tak pandai guna water heater dlm bilik air. Mandi jugak la air sejuk. Freezing cold i tell u. Sempat jugak baham durian kat gerai depan lodge kami, konon nak simpan haba dlm badan. Nan hadooo. Gigil jugak. Tido selimut sampai leher. Kipas x pernah on pun. >.<

Hari kedua, masih di Kundasang. Bermula dgn Canopy Walk (only me and Izza), then Hot Spring Poring, tgk rafflesia bloom (dying actually), then lunch di Ranau (next entry on food). Petang tu hajat nak ke kaki Gunung Kinabalu. Tapi sbb hujan lebat, kami lewatkan plan kami. By the time sampai sana, reception dia dah ttp. So, ambil gambar kat luar sj. Last, we end our day with steamboats and cakes.

Hari ketiga, kami tinggalkan kenangan dan ‘footprints’ kami di Kundasang menuju ke Kota Kinabalu, where we gonna spend another 2 days there. Kami singgah di Rumah Terbalik dalam perjalanan ke  bandar KK. Then, kami shopping di Tamu KK, kemudian ke Museum and Heritage Village sebelum check-in di Marina Court Condo KK and say our goodbye to warm and kind John (our driver and tour guide). Malam tu kami sambung shopping di Pasar Filipina dan having our seafood galore at Pasar Todak. Puas hati bahh aku makan malam tu.

Last day, kami berkenalan dgn coursemate Alifah masa study di UK dlu, Nik Marjan. Nik bawa kami breakfast di bandar KK and kami singgah di rumah dia lps check-out dr Marina Court Condo. Sempat main masak2 seafood part 2 di rumah dia lagi. And she’s also very warm and nice. Seronok dpt kenalan baru. Then we headed to airport utk balik ke realiti semula (i mean school. Holidays are over peeps!).

Sedih nak tinggalkan percutian, sedih nak tinggalkan kenangan kat sini. Sedih nak berpisah ngan geng percutian ni. (Drama emo sgt. Jumpa jugak kat sekolah balik Khamis tu – except for Izza and kak Ayu). Anyway, its a meaningful trip and enjoyable (with dramas of course). Cant wait fot the next trip with u guys soon!!!

img-20161101-wa0061

Sekian.

XOXO.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s