|-♥ Gedik Santai ♥-|

Throwback : Sabah (Oktober 2016) Ep. 2

As salam.

Ok. Since 1st entry dah sebulan dah. Kita sambung entry “Trip of the Year” Episode 2.

Ya ampun. Dah lama sangat nk siapkan entry ni, tapi kemalasan memang menang tempat pertama cuti kali ni. Kononnya, dah plan byk2 kerja nk buat masa cuti panjang ni (xde la panjang sangat. Sebulan je..), nak habiskan novel and komik + manga, nak release stress dgn coloring book, nak siapkan 3 album Photobook, nak siapkan RPT Maths Form 1 dll. Tapi, satu pun x dapat habiskan. Even ada yg belum mula lagi. Haihhhhh…. (cuti berbaki lg 2 minggu).

Ok. Balik pd tujuan asal 2nd entry utk trip ke Sabah yg lepas. Entry kali ni sy nk fokus kepada makanan kami spnjg kat sana. Well, one of the beauty of travelling is the food right? (Quote by me).

Sepanjang kami di Sabah, alhamdulillah tiada masalah utk makan. Thats why sy suka travel dalam negara je. Sbb x susah utk cari makanan halal kerana kita di negara Islam. Walaupun Malaysia berbilang kaum, tp kaum2 lain mmg akan hormat soal halal haram makanan org Islam. Contoh, John (tour guide kami spnjang di Kundasang dan bukan Islam) carikan gerai makanan halal utk makan tengahari kami pada hari kedua.

So, jom kita selak balik gambar2 makanan yg sempat dirakam sepanjang 4 hari 3 malam di Sabah.

Hari pertama :

1st day di Sabah, to be specific Kundasang, lunch kami hanya di kedai makan depan lodge kami. Tak sempat ambil makanan sbb semua dh cranky and order mmg lambat sgt sampai. But the food was delicious, especially lauk daging masak kicap or something like that. Lupa nama kedai tersebut. Kami order tom yam campur, sayur campur, something macam daging masak kicap, and lupa lagi satu lauk (or two? haha.. seriously, dah hampir 2 bulan kot trip tu baru nak buat entry mmg x menyumbang sangat kan?? (>.<)) Total hanga makan tengahari kami dalam MYR 90++ included fruit juices for each one of us. X pasti nak cakap harganya berpatutan atau tak, but puas hati perut kenyang dengan makanan yg sedap, cuaca yg sejuk mmg kena sangat dgn tomyam panas dan “pemandangan” yg indah masa makan (refering to 2 hot guys having their lunch opposite our table!). LOLs.

Then, lps seharian berjalan, plan asal nak makan steamboat. Tp sbb John ada hal mlm tu dan mungkin x dpt nk pick up kami balik ke lodge, kami end up makan malam di cafe lodge shj. Makanan kt sana biasa je, tp sbb kami dah ter”overdose” dgn ubat ketawa, dinner kami terlebih meriah dgn gelak tawa yg ntah apa2. We laughed for no particular reason, not to mention we laughed thru the dinner plus we were tired, mentally and physically. But LOL all the way that night really lifted our mood the next day.

img-20161029-wa0097.jpg
Ini dinner kak Ayu. Dia je yg smpt snap gambar.

Ohh, but before we had our dinner,kami sempat singgah ke gerai2 di depan lodge kami for a quick shopping.  Sempat jugak rasa durian Sabah. Alang2 ada kat tempat sejuk, baham durian 2 biji pun x rasa panas badan.

 

img-20161029-wa0020.jpg
Ni antara barangan yg dijual di sepanjang jalan berhadapan dgn lodge kami. Macam kt Cameron.

Hari Kedua :

Lepas keluar dari Poring and singgah tgk rafflesia, kami singgah makan tengahari di Gerai Makanan Hakka (if I’m not mistaken). Kedai ni terbahagi kepada dua bahagian, Halal n Non- Halal. Ada macam2 makanan kat situ. Dari satay sampai la ke desert. Tapi sbb kami dah lapar sgt sampai sakit kepala sbb berendam lama sgt dlm kolam air panas tu (lebih pada bath-tub, sbb kitorg ambik bilik), mmg kami cari nasi dan lauk utk isi perut.

photogrid_1478084988345.jpg

Taadaa… lauk tengahari kami hari tu.. Mmg sedap sangat…

Utk dinner terakhir di Kundasang, kami pilih steamboat di Puteri Nabalu. Restoran dia agak besar dan nampak mewah. Mengikut John, restoran ni milik YB Sabah. No wonder la nampak mewah. Selain steamboat, ada bakery jugak. Nabalu Bakery. Konklusinya, macam2 la ada kt sini. Cocoa Nabalu, All Star Cafe and Express Mart.

img-20161029-wa0180.jpg
Ni antara menu steamboat kami
img-20161101-wa0071.jpg
Ini la Puteri Nabalu Steamboat..

Sebelum balik ke lodge, kami sempat tapau bbrp slice cake untuk celebrate segala event dlm hidup kitorg. Birthdays, graduation and single lifes. LOL.

img-20161029-wa0185.jpeg
Maaf la kalau terteleng kepala korang nk tgk gambar ni. (“,)

Hari Ketiga :

Habis kembara kami di Kundasang, esoknya kami ke Kota Kinabalu. Lps singgah Ruah Terbalik and shopping sakan di Tamu Kinabalu, kami check in di Marina Court. Petangnya kami plan untuk makan seafood sepuas-puasnya di Pasar Todak. Mmg heaven sgt kat sini, seafood all the way dari mula pasar sampai akhir. Malas nak jalan jauh sgt sbb kitorg bukan tahu yg mana paling sedap pun, so kami decide utk makan di gerai paling depan.

img-20161030-wa0100.jpg
Gerai yg kami pilih…
photogrid_1478085147612.jpg
Antara pilihan seafood kat sana…
photogrid_1478085085076.jpg
Nak makan ni lagi…..
img-20161030-wa0089.jpg
Hidangan kami…

Mmg puas hati sangat2 la makan kat sana.. Tercapai hajat nak makan seafood di Sabah.

Hari Keempat :

Hari terakhir di Kota Kinabalu sepatutnya kami pergi tour pulau. Tapi, sbb dah habis duit utk shopping dan makan, maka kami terpaksa batalkan hasrat tu. Plus, Alifah mmg tak boleh terdedah pada cahaya matahari lama2. So, kami pergi kacau rumah kawan Alifah, Nik Marjan dan masak2 seafood (lg sekali) kat rumah dia. Pagi tu, Nik datang ambil kami utk breakfast. Kami makan di Kopitiam.

img-20161101-wa0022.jpg
Kak Ayu, Kak Alliya, Izza and mine!

Then, kami balik kemas barang dan ke rumah Nik utk lunch sementara tggu boarding time balik ke KL and Penang semula. Kak Ayu, Alifah and Izza ikut Nik ke pasar utk beli bahan2 basah. Then, diorg jugak yg masak utk lunch kami.

img-20161101-wa0021.jpg
Ni la hasilnya..

Dah habis makan, kami siap2 utk ke airport. Maka, berakhirnya holiday kami di Sabah.

XOXO.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s